Tuesday 13 January 2015

HAKIKAT UJIAN DAN KEHIDUPAN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang oleh Allah swt untuk diri ini bernafas pada pagi yang sangat indah di bumi USM ini. sudah lama tak update blog ni sebab sibuk dengan kerja-kerja sebagai seorang pelajar sejak menjejakkan kaki di USM ini. Sekarang sudah berada di akhir semestar 1. tinggal 1 paper untuk dihabiskan insyaAllah. doakan yang terbaik untuk diri ini dan sahabat-sahabat.

Pagi ini, jari ini terasa ingin mencoretkan sebuah tulisan ringkas untuk membangkitkan kembali semangat diri yang mulai pudar, menghidupkan semula roh tarbiyah dan islah yang semakin samar dalam jiwa ini. Banyak perkara baru yang dilalui di sini, kadang-kadang perkara tersebut membuatkan diri ini kuat dan kadang-kadang diri ini terasa terlalu lemah untuk menghadapinya. biasalah insan kan... tetapi aku selalu ingat akan pesan Allah, pesan Rasulullah saw, pesan ibu ayah tercinta...tiadalah apa yang ibu ayah harapkan daripada kita melainkan menjadikan kita aset dan wasilah mereka untuk ke syurga Allah.

Insan apabila dia mengetahui ujian atau musibah yang dihadapi olehnya mendatangkan pahala di sisi Allah untuknya maka akan reda perasaannya. Manusia perlu tahu akan hakikat sebenar kehidupan dunia. Inilah hari yang silih berganti dalam kalangan manusia. Apabila namanya 'dunia' maka manusia perlu mengharungi perjalanan ini. Walau bagaimana baik diri kita menjaga perasaan orang, orang mengkhianati kita... bagaimana baik kita jaga perkataan kita, orang tetap mengutuk kita...dan bagaimana baik kita tak tipu orang, orang tipu kita... demikianlah kehidupan... Allah jadikan semua ini supaya orang baik tidak merasa untuk menetap di dunia ini selama-lamanya, supaya orang baik sentiasa berasa insaf, supaya orang baik rasa ini bukan tempat selama-lamanya... ini tempat tumpangan... :')

Dalam hadis Abu Qatadah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rhm. Suatu hari sahabat bertanya kepada Rasulullah saw tentang siapakah orang yg selamat selepas kematiannya iaitu orang yang dapat "rehat dan direhatkan". Rasulullah saw lantas bersabda "hamba mukmin apabila dia mati maka dia akan berehat dari kepenatan dunia menuju kepada rahmat Allah...tetapi jika hamba itu faajir (jahat) jika dia mati maka orang lain rehat daripadanya...negeri, pokok dan binatang selamat daripada kejahantannya..."  itulah beza antara orang mukmin dan orang yang faajir. Orang mukmin mati menemui kerehatan yang sangat indah dan nyaman...tetapi orang faajir mati orang lain rehat daripada kejahatannya..

Perkara yang membawa kebaikan apabila dukacita menimpa seseorang hamba...insan akan mencari Allah dan berdoa..kerana itulah datagnya wahyu Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186 "Apabila mereka bertanya kepadamu (wahai Muahmmad) tentangKu, maka sesungguhnya aku dekat..."
Selalu juga kita dengar hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud tentang doa orang-orang yamg dalam kesusahan... "Allah rahmatMu yg aku harapkan...jangan Kau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.." sangat indah doa ini apabila insan meminta kepada Allah suapaya jangan serahkan urusan dirinya kepadanya walaupun skelip mata melainkan Allah yang uruskan baginya...Allah.. :')
Rasulullah saw menyebut ayat ni  banyak kali pada byk tempat..Rasulullah saw selalu ulang untuk kita...
Kata Ali Zainal Abidin "jgn Kau serahkan diriku kepadaku nescaya aku tak mampu ya Allah..dan jgn kau serahkan aku selain dari diriMu nescaya mreka akan mensia-siakan aku..."

Jika insan menyerahkan dirinya kepada Allah nescaya dia akan dapati perjalanan hidup ini penuh dengan segala macam dugaan kepadanya...tetapi dia sentiasa ingat bahawa dia sudah menyerahkan dirinya kepada Allah..jika Allah menguruskan urusan hamba-hambaNya maka penghujungnya adalah sesuatu baik. Allah akan mendatangkan pekara-perkara yang mungkin pada pandangan orang lain dikatakan 'nasib' tetapi Allah akan memberikan pelbagai pekara yg luar biasa kepada hamba yang Dia kasih. Umar bin Abd Aziz ketika akhir hayatnya, beliau ditanya "apakah yang kau tinggalkan utk anak-anakmu ?" Umar menjawab "jika mereka adalah orang soleh maka Allah akan menguruskan orang soleh"

Kita mungkin bukan ustaz, bukan syeikh...tetapi kita boleh jadi orang soleh. Orang soleh bukanlah bermaksud perlu mengaji luar ngara dan dapat sijil agama, tetapi orang soleh ialah orang yg mempunyai hubungan yg baik dgn Allah...orang soleh orang yg selalu bistighfar...orang soleh orang yg selalu memanggil "Ya Rabb...kasihanilah aku..."

Marilah kita ingatkan diri kita dan sahabat-sahabat..dalam hayat ini berapa kali kita mengungkapkan " ya Allah tolonglah aku" dan setiap kali kita mengungkapkan doa tersebut kita sering merasa Allah tidak menolong kita...tetapi jika kita renungkan kembali masa yang telah berlalu, sudah berapa banyak bala yg telah kita selamat daripadanya, sudah berapa banyak dukacita semalam yang kita lalui yang mana semasa kita memasukinya kita merasakan dunia ini begitu gelap dan sangat pahit..kemudian Allah meguruskan kehidupan kita dan kita mula menikmati kemanisan dalam hidup ini.

Kadang-kadang insan terlupa akan hakikat bahawa dunia ini hanyalah pinjaman. Seringkali kita dengar lirikan perkataan "dunia hanya sementara" tetapi berapa ramai antara kita yang betul-betul menghayati perkataan tersebut. Kita hidup hari ini dalam keadaan yang sangat gembira, berhibur tanpa henti, ketawa dari pagi, ingat pada Allah sedikit sekali dan seakan-akan kita akan hidup selamanya. Andaikan kita menghadapi suatu penyakit kronik hari ini dan kita hanya ada semiggu lagi untuk hidup, apakah yang kita nak buat untuk hadapi baki kehidupan yang hanya tinggal semiggu ? sudah tentu insan akan infakkan sepenuh masanya dan baki hayatnya untuk memohon keampunan kepada Allah sebanyak-banyaknya, mendampingi al-Qur'an setiap waktu, mengingati Allah dengan penuh khusyu', tawadu', tadarru'...kerana apa ? kerana insan tahu yang dia akan menemui Allah dan dia sedar akan "dunia hanya sementara"...

Andaikan seorang insan yang mengejar gelaran tertinggi untuk mendapat pangkat dan pekerjaan yang baik-baik dan mengabaikan tannggungjawabnya sebagai khalifah Allah sebenarnya dia terlupa bahawa dia adalah hamba yang berjalan seperti orang gila yang tidak tahu arah tujuannya di muka bumi ini. Namanya mungkin besar dalam kalangan orang sekelilingnya, tetapi dia tidak dikenali dalam kalangan penduduk langit...dan tidaklah ada erti kehidupan buatnya melainkan sia-sia. Jadilah seperti Uwais al-Qarni yang sangat rendah diri, solehhh.. melarikan diri ketika dirinya dikenali...tetapi namanya terkenal dalam kalangan para malaikat sehingga Rasulullah saw menaqalkan namanya kepada para sahabat walaupun rasulullah saw sendiri tidak pernah berjumpa dengannya...

Teringat akan kata-kata Rasulullah saw kepada isterinya tercinta, Aisyah ketika baginda menceritakan kepada Aisyah apa yang dilihatnya dalam peristiwa isra' mikraj. Rasulullah saw berkata kepada Aisyah pada suatu hari "Jika kamu lihat apa yang aku lihat wahai Aisyah, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis..."

Dunia ini tidaklah ada apa melainkan perhiasan yang melalaikan buat insan yang tidak mempunyai iman, buat insan yang tidak mengenali Penciptanya, mereka akan menjadikan dunia ini sebagai syurga mereka, tempat mereka mengejar pangkat dan gelaran tertinggi, mengejar harta dunia yang tidak berkesudahan dan melakukan pelbagai jenis maksiat kepada Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah berpesan kepada umatnya...

"Siapa yang menjadikan dunia ini perkara yang paling dia sukai, maka Allah akan menjadikan kefakiran berada di antara kedua matanya, Allah akan memecahbelahkan urusannya, dan tidaklah dia dapat dunia ini melainkan dengan kadar yang sedikit..."


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."



Janganlah urusan dunia kita mengalahkan urusan akhirat kita. Carilah dunia sebanyak mungkin, namun janganlah urusan duniamu mengalahkan urusan akhiratmu. Selalulah bersyukur kepada segala pemberian Allah, baik yang besar mahupun yang kecil. mudah-mudahan Allah rahmati kita..siapa yg bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya.

Sunday 24 August 2014

PTPTN, HUKUM & KOS PERKHIDMATAN

PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan

Oleh :
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.
Jawapan mudah saya,  apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.

Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.
Apa itu Qard
‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.


Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.
Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.
Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.
Yang Sudah Berlalu & Alternatif
Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.

Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.
Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak'  sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN  si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.
Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.
Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.
Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.
Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.
Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.
Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......

Sekian

Saturday 19 July 2014

INDAHNYA KEHIDUPAN DENGAN 'TAWAKKAL'

Kita ini melalui proses kehidupan . Semakin hari umur kita semakin bertambah. Tidak ada sesiapa pun dapat mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan kepada dirinya, orang lain, atau apa sekalipun secara tepat ! Mengagak mungkin... tetapi Allah Azza wa Jalla yang menentukan kehidupan ini...

Kadang-kadang kita rasa perkara yang kita tak mampu... jika Allah izinkan... ia berlaku...
Ada orang yang merasakan dia besar... dengan segala kekuatannya... tiba-tiba dia gagal dalam hidupnya...

Dulu, kalau kita imbas kembali zaman kita sekolah. Kita selalu teringat ada kawan kita yang dapat no.1, no.2... tapi bukan semua yang dapat nombor yang baik-baik itu akhirnya menjadi orang yang hebat2...

Dalam Islam... antara perkara besar yang Allah tekankan dalam soal aqidah... adalah bab yang dinamakan dengan TAWAKKAL :)

INSAN BERGANTUNG DENGAN ALLAH SWT...

Manusia disuruh berusaha. Tetapi manusia kena yakin bahawasanya, di atas segala usahanya....kuasa yang lebih besar adalah ALLAH AZZA WA JALLA...

Sebab itu Allah SWT sebut... “Barangsiapa BERTAQWA kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Dalam ayat ini, ketika Allah menceritakan nasib wanita-wanita yang ditalak dan juga merangkumi nasib manusia keseluruhan pada umumnya...dan Allah ingatkan kita dalam ayat ini, sesiapa yang BERTAQWA...Allah akan adakan baginya jalan keluar..dan Allah akan berikannya rezeki dari jalan yang tidak dia sangka...

Rezeki datang dari jalan yang disangka dan ia juga kadangkala datang dari jalan yang tidak kita sangka. Ramai orang selalu menganggap REZEKI itu gaji dia, harta yang dia dapat kumpul, kereta, rumah...
Tetapi kadang-kadang dia dapat makan, berjalan, dapat berbagai nikmat yang Allah beri dalam hidup dia... tanpa dengan usaha dia, yang mana jika hanya bergantung kepada kebijaksanaan dia semata-mata, mungkin dia tidak dapat semua itu...kerana Allah itu AR-RAZZAQ... Maha Memberi Rezeki...

"Dengan berzikir kepada Allah,
gumpalan, ketakutan...kecemasan, dan kesedihan...
akan lenyap...
lebih dari itu !
dengan berzikir kepada Allah...
tompokan bebanan hidup dan masalah kehidupan akan hilang..."

SIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH...CUKUPLAH ALLAH BAGINYA... :)

TAWAKKAL ADALAH KEAJAIBAN HIDUP...
Saya ingin berkongsi suatu do'a yang sangat indah yang diajarkan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadis yang driwayatkan oleh imam an-Nasa'i :
"Wahai YANG MAHA HIDUP, wahai YANG MAHA BERDIRI (Allah yang menguruskan segala urusan, yang meluruskannya, dan yang menegakkannya !) dengan rahmatmu aku memohan pertolongan... Baikilah untukku urusanku keseluruhannya, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata... :')"

Setiap daripada kita.. akan ada waktu kita berasa susah...menyertai perjuangan kerana Allah bukanlah sesuatu yang mudah..

Kadang-kadang apabila kita bergantung kepada kemampuan diri kita, kita rasa kita boleh lepas... tetapi banyak kalinya kita tak lepas...
Tetapi bila ALLAH yang menakdirkan untuk kita...urusan kita...masyaAllah.. ia menjadi sangat indah.. SANGAT AJAIB ! :'D

Berapa banyak kita memalui ujian dalam perjalanan kehidupan kita ?
dan kita dapati hari ini telahpun Allah keluarkan kita daripadanya... :)

Apabila manusia bergantung sepenuhnya kepada Allah..bulat imannya ! di samping dia berusaha...
dalam hatinya sentiasa menyebut.. "ya Allah..tolonglah aku", "ya Allah...kesian kat aku","ya Allah...bantu aku"... KITA AKAN LIHAT KEHIDUPAN INI BERJALAN DARI SATU PERINGKAT KEPADA SATU PERINGKAT... SEHINGGA KITA BERTEMU DENGAN ALLAH AZZA WA JALLA.. :')

"Berkenalanlah dengan Allah di waktu kita senang, supaya Allah mengenali kita di waktu kita susah"

Thursday 12 June 2014

Siapakah 'Zinnirah' ? ayuh bersama kita susuri kisahnya...

 Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....